Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi, ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistem Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada jam 9 malam.
“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan.
“Saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari.
“Bagaimanapun, sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini. – BERNAMA
More Stories
Kenyataan media ‘Copy & Paste’ UMNO, PH
PAS komited agenda Perpaduan Ummah – Takiyuddin
Dua bekas ADUN DAP Perak sertai BERSATU