Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

Alahai comelnya Dr. Noor Hisham jadi adiwira animasi bersama BoBoiBoy

Video pesanan khidmat masyarakat yang bertajuk ‘CAPP: Kuasa Untuk Lawan Covid-19’, menampilkan wira animasi BoBoiBoy bersama Tan Sri Dr. Noor Hisham sebagai wira sanjungan rakyat Malaysia, yang sedang mengetuai usaha menghentikan penularan Covid-19 di Malaysia.

Menerusi klip video berdurasi satu minit tersebut, figura kesayangan ramai itu menjadi ‘adiwira’ dengan berkongsi langkah pencegahan untuk melawan wabak Covid-19 di kalangan masyarakat.

Menerusi video itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk menjadi adiwira tanpa memerlukan kuasa luar biasa untuk memerangi wabak COVID-19 dengan mengamalkan CAPP iaitu ‘CEGAH dari awal’, ‘AMALKAN norma baharu’, ‘PATUHI SOP’ dan ‘PANTAU status kesihatan’.

Tampil menggunakan suara sebenar, beliau menerangkan langkah pencegahan melalui kempen CAPP, iaitu ‘Cegah, Amal, Patuh dan Pantau’.

Pesanan khidmat masyarakat itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Monsta dengan tujuan utama mendidik seluruh rakyat Malaysia tidak kira usia, agama atau bangsa untuk meningkatkan rasa tanggung jawab dalam melindungidiri, keluarga dan masyarakat bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 yangsemakin meningkat dengan pertambahan kes baharu setiap hari.