Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

70 asnaf terima sumbangan Ramadhan dari PAS Shah Alam

SHAH ALAM, 14 MAC 2021 – Ahad yang lalu, Ustaz Ahmad Dusuki selaku YDP PAS Kawasan Shah Alam turun Padang bersama Pemuda PAS Shah Alam yang diketuai oleh Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim untuk memberi bantuan asas sebelum menjelang bulan Ramadhan anjuran PKSA dan MATAN Centre.

Dikesempatan itu beliau juga dapat menyantuni 70 para asnaf di Batu Tiga, Shah Alam. Bantuan ini adalah hasil dari derma kalian bagi program Cakna Ramadhan.

InsyaAllah sepanjang Ramadhan ini kami di PAS Kawasan Shah Alam dan MATAN Centre akan mengagihkan pelbagai barangan keperluan kepada asnaf dan juga bantuan.