Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

7 daerah di Selangor Zon Merah, babit 14 mukim

Tujuh daerah di Selangor diklasifikasi sebagai zon merah Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia membabitkan Gombak, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang.

Menerusi laporan di Twitter itu, zon merah berkenaan turut membabitkan 14 mukim iaitu Batu di Gombak diikuti Ampang, Kajang, Cheras, Semenyih dan Hulu Langat (Hulu Langat).

Ia disusuli Kapar dan Klang dalam daerah Klang, Teluk Panglima Garang (Kuala Langat), Damansara, Sungai Buloh, Petaling dan Bukit Raja (Petaling) serta Dengkil (Sepang).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 di Selangor melonjak kepada empat digit apabila merekodkan 1,428 jangkitan.

Daripada jumlah itu, 1,239 kes dikesan menerusi kluster sedia ada manakala 842 membabitkan Kluster Seruling dan 315 Kluster Hentian.

Sebanyak 39 kes daripada kluster baharu iaitu tapak bina jalan bukit, 92 saringan kontak rapat kes positif dan 97 lain-lain saringan.