Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

6 langkah kempen ‘Self Lockdown’

JOM AMALKAN KEMPEN #SelfLockDown

6 langkah kempen ‘self lockdown’

  1. Pergi ke pasar atau kedai seminggu sekali, senaraikan perbelanjaan mingguan dan dapatkan barangan secara pukal.
  2. Isi minyak kereta secara penuh bagi mengurangkan kekerapan berkunjung ke stesen minyak.
  3. Solat berjemaah 5 waktu sehari bersama kaum keluarga.
  4. Optimakan pembelian secara atas talian.
  5. Amalkan polisi ‘zero’ tetamu.
  6. Dapatkan barangan keperluan di kedai yang berhampiran.

Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua.

Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.

Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

https://www.facebook.com/117086798356730/posts/4076706685728035/?d=nk