Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur
Dua mangsa yang terperangkap dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) maut manakala tiga lagi termasuk pemandu van terselamat.
Kedua-dua mangsa yang maut adalah wanita.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.
More Stories
Majikan pukul pekerja berpuasa tiba di Mahkamah
Tun hasut rakyat benci Agong, UMMAH tampil buat laporan polis
Rentas negeri diluluskan hanya Isnin hingga Khamis