Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

19 sekolah di Selangor tutup

19 sekolah di Selangor ditutup selama tujuh hari mulai hari ini bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu dicadangankan sendiri kerajaan negeri kepada Kementerian Pendidikan (KPM) susulan peningkatan kes melibatkan warga sekolah, lapor Selangorkini.

“Ini adalah situasi terbaharu yang sedang kita perhatikan dan ia turut dibincangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor pada Ahad

“Kita teliti memang ada 19 sekolah (yang perlu ditutup) dan cadang kepada kementerian,” katanya selepa program pertama Jelajah Kita Selangor Ramadan hari ini di Selayang.

Hari ini tular satu notis penutupan 19 sekolah di Selangor dikeluarkan KPM.

Merujuk notis itu, arahan penutupan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling susulan situasi semasa sekolah yang terbabit.

Sekolah yang terlibat ialah:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong

2. SMK Bandar Sri Damansara 2

3. SMK Damansara Jaya

4. SMK Seksyen 7

5. SMK USJ 23

6. SMK Puchong

7. SMK Puchong Utama 1

8. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

9. SMK Bandar Puncak Jalil

10. SMK Seksyen 20

11. SMK Puchong Perdana

12. Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana

13. SK Bandar Baru Sri Damansara 2

14. SK Bukit Kuchai

15. SK Bandar Sri Damansara 3

16. SK Bukit Jelutong

17. SK USJ 20

18. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang

19. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai