Shah Alamku

Berita Semasa, Artikel dan Video Politik Shah Alam

๐—ž๐—ฒ๐˜€ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ: ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—” ๐—ธ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—”S, ๐—•๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ

  1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan NGO-NGO Islam utama di Malaysia berasa kesal atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat, Pesuruhjaya Tinggi Britain dan Kanada dalam kes mahkamah yang memutuskan Malaysiakini perlu membayar saman sebanyak RM500,000.
  2. PEMBELA menegaskan bahawa prinsip kebebasan kehakiman perlulah dihormati oleh semua pihak terutamanya kerajaan negara-negara luar yang sepatutnya memahami perkara ini.
  3. PEMBELA mempersoal di manakah suara-suara pihak luar ini dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan media lain di Malaysia? Kenapa mereka membisu tetapi melatah apabila melibatkan Malaysiakini? Sikap dwistandard ini menyebabkan integriti mereka ini boleh dipersoalkan. Oleh itu, PEMBELA ingin mempersoal adakah wujudnya kepentingan tertentu oleh kerajaan-kerajaan negara ini terhadap Malaysiakini secara khusus?
  4. PEMBELA melihat campurtangan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan mencabar kedaulatan negara Malaysia dari pelbagai aspek yang perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan Malaysia.
  5. Akhir sekali, PEMBELA ingin mengingatkan semua pihak bahawa walaupun Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara, tetapi tidak mutlak. Perkara 2(a) jelas memperuntukkan sekatan terhadap sebarang penghinaan mahkamah dan Perkara 10(4) jelas memperuntukkan kebebasan bersuara hanya setakat perkara-perkara yang tidak menyentuh kepada isu-isu sensitif.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
20 Februari 2021


โ–ช๏ธTelegram: telegram.me/aminuddinyahaya
โ–ช๏ธTwitter: www.twitter.com/AminuddinYahaya